Mary Kay

Mengapa MK berjaya mendapat tempat pertama di China?
Kerana wanita2 hebat MK lah.
Kenapa mereka ni hebat?
Kerana mereka mengamalkan budaya Mary Kay. Dan kerana mereka buat SCC - Skincare class.
Wow!! Dengar macam mudah kan?
Memang mudah sebenarnya.

Apakah budaya/falsafah di Mary Kay tu? Yang selalu saya ulang2
tu lah. Jom ulang tayang lagi sekali. Sampai you all dah boleh hafal dan amalkan tiap hari

1. Golden Rules 
Adakah anda melakukan kebaikan untuk orang lain? 
Cuba fikirkan.
Apa yang anda lakukan itu untuk dia atau anda? Adakah anda ikhlas melakukannya?

2. Go give spirit
Jangan pentingkan diri sendiri sahaja. Dan percayalah pada orang lain
Cuba fikirkan.
Adakah kita seorang yang suka melakukan sesuatu yang hanya akan memberi pulangan pada diri kita sahaja? 

3. Balanced priorities. God First, Family Second and Career Third.

Pertama Tuhan.
Maksudnya:
Adakah kita seorang yang berpegangan tetap? Seorang yang mempunyai nilai2 murni? Jika ya, orang di sekeliling kita akan memandang tinggi pada diri
kita
Kita tak buat untuk mereka tetapi kita ada pegangan sendiri.

Kedua Keluarga
Percayalah .. tanpa keluarga bahagia, tiadalah kejayaan. Wanita bersifat sentiasa mahu melindungi keluarganya. Mary Kay mengajar kita supaya sentiasa menghargai suami. Walau setinggi manapun kejayaan anda, suami tetap paling utama. Hormati dia. Tunjukkan padanya, anda sentiasa memerlukan dia. Dialah
yang dapat memberi kan kebahagiaan pada anda.
Percayalah, jika suami meredhai kerjaya kita, kejayaan pasti menjadi milik kita.

4. Make Me Feel Important
Maksudnya
Hormati lah orang lain. Dengar apa yang mereka perlukan atau katakan.
Dan selalulah bersyukur. Bila anda bersyukur, anda akan selalu memikirkan apa yang  telah orang lain lakukan untuk anda. Jangan fikir tentang apa yang
telah kita lakukan atau korbankan untuk mereka.
Jika anda menjadi seorang yang sentiasa bersyukur, segalanya akan nampak baik2 sahaja.
Bila semuanya baik, hanya yang baik2 yang akan datang pada kita.

Budaya Mary Kay ini bukanlah sesuatu yang kita perlu hanya tahu sahaja tetapi ia patut menjadi amalan dalam kehidupan kita.
Perkara yang baik akan berlaku pada orang baik.
Cuba fikirkan ini. Adakah kita menjalani satu kehidupan yang bernilai?
Cuba audit diri kita sendiri. Jika ya, kita akan mempunyai kerjaya yang berjaya.

Ini adalah sharing dari Mr KK Chua, President MK Asia  Pacific region.

💋💋💋


0 comments:

Post a Comment