Mary Kay TimeWise® Moisture Renewing Gel Mask

Mary Kay  TimeWise® Moisture Renewing Gel Mask ini dapat memberikan kelembapan tambahan kepada kulit kita lebih menariknya kita boleh memakainya sepanjang malam ketika tidur, bila bangun pagi pastinya akan terasa kulit wajah lembut, segar dan lebih bermaya. Kulit-kulit kering juga akan mula berkurangan. 

 FAKTA:  

1. Kulit wajah yang kurang mendapatkan kelembapan secukupnya, garis-garis halus dan kedutan akan kelihatan lebih ketara seperti ' buah epal yang semakin hari hilang kelembapannya akan mula berkedut'

2. Semua wanita perlukan produk yang membantu memberikan kelembapan pada wajah mereka termasuklah wanita yang memiliki jenis kulit berminyak.

3. Kelembapa yang cukup pada wajah akan melambatkan proses tanda-tanda penuaan pada wajah kita.


 KESAN PENGGUNAANNYA:

1.  Membantu kulit kelihatan lebih licin 
2. Keanjalan kulit  dipertingkatkan  
3. Kulit  berasa lebih tegang
4. Kulit  kelihatan lebih muda
5.Membantu mengurangkan garis halus
6. Kulit lembap serta-merta 


RAMUAN UTAMA DAN FUNGSINYA 

A) Natrium Hialuronat
* Menarik dan mengekalkan lembapan Gliserin Emolien yang membantu menyeimbangkan serta mengekalkan paras lembapan dalam kulit 

B) Ekstrak Biji Berangan
*Membantu menegang dan menenangkan kulit serta memperkuat perintang  kulit  

C) Vitamin B3 (Niasinamida) 
*Dikenal pasti dapat memperkuat perintang kulit  

D) Ekstrak Acai Berry (Euterpe Oleracea) 
*Antioksidan kuasa terbesar yang meneutralkan radikal bebas pada kadar potensi 80 kali lebih kuat berbanding Teh Hijau  

E) Vitamin E (Tokoferol Asetat) 
*Antioksidan dengan faedah menenangkan kulit  

F) Skualena 
*Bertindak sebagai pelincir pada permukaan kulit supaya kulit kelihatan lebih licin dan lembut  

G) Sebatian botani yang terdiri daripada Chamomile (Bunga Anthemus Nobilius), Lavandin (Lanandula Hybrid), Rosemary (Rosemarinus Officinalis), Rosewood (Aniba Rosaiodora) dan Geranium (Pelargonium Graveolens) 
*Memberikan haruman aromatik yang menyegarkan
💋💋💋💋💋💋💋💋

CARA PENGGUNAANNYA

 1. Urut secara lembut ke dalam kulit setelah menggunakan pelembap.
2. Elakkan bahagian mata dan mulut sebagaimana anda lakukan ketika memakai masker
3. Biarkannya semalaman.

Sesiapa yang telah mencuba pasti menyukainya kerana sebaik sahaja di sapu ke wajah, kita akan terasa sejuk dan nyaman, terutama bagi kulit wajah yang terasa pedih atau merengsa akibat kekurangan kelembapan pada wajah.

Berminat? Inbox Nisaa'.

Nisaa'
Beauty Consultant
💋💋💋


0 comments:

Post a Comment